Thursday, 23 June 2016

Bagaimana hendak memilih kolej swasta?

Usah nafikan kepentingan IPTS di dunia pendidikan di Malaysia. IPTS adalah alternatif yang relevan bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA atau program yang diminati. Ini berikutan tempat atau kuota di IPTA adalah sangat terhad, di tambah pula persaingan para pelajar yang semakin pandai dan cemerlang setiap tahun.

Berikut adalah sedikit panduan bagaimana hendak memilih kolej swasta. Tentulah ini berdasarkan pemerhatian peribadi saya, boleh jadi betul atau tidak. Terpulang.

#1 Kenalpasti program yang ditawarkan

Terdapat IPTS yang menawarkan program yang sama di IPTA contohnya perubatan, kejuruteraan dan perniagaan. Ini antara program pilihan kebanyakan ibubapa kerana ia adalah 'glamour' dan mempunyai masa depan.

Namun perlu perhatikan senarai subjek yang bakal dipelajari dan tempoh kursus. Adakah subjek-subjek tersebut relevan atau hanya tambahan bagi memastikan 'brochur' program kelihatan gah dan menarik. Subjek haruslah dapat menyokong kerjaya di masa depan dan mampu menjadikan graduan lebih dinamik dan tidak bergantung kepada makan gaji semata-mata.

Sesetengah program memerlukan pelajar berpraktikal di sepanjang atau di akhir pengajian. Pastikan tempoh, credit hour dan penempatan praktikal adalah mencukupi. Sudah tentu kita mahu bergraduasi pada masanya (Graduate On Time), bukan? Adakah penempatan praktikal diuruskan oleh pihak IPTS atau pelajar perlu menghantar resume ke badan-badan industri?

Ketahuilah kehendak dan arah tuju kerjaya sendiri. Jika anda bercadang ingin bekerja selepas menamatkan pengajian atau menyambung pengajian ke peringkat tertinggi, rancanglah dari awal. Berbincanglah dengan kaunselor sekolah (sentiasa belum terlambat untuk berjumpa kaunselor). Ini bagi memastikan anda tidak terjerat dengan yuran IPTS yang ternyata mahal dan melibatkan kos ribuan ringgit.

Sebelum memilih program, ukurlah baju di badan sendiri. Adakah keputusan teringgi kita (contohnya keputusan SPM, STPM atau diploma) melayakkan kita memilih program tersebut? Mengikut pengalaman saya mengikuti roadshow di Pantai Timur, terdapat ibubapa yang mahukan anaknya belajar di IPTA dan mengikuti program yang hebat-hebat, sedangkan subjek SPM si anak banyak yang gagal daripada yang lulus. Jika berminat program perubatan atau para-perubatan, pastinya subjek-subjek Sains perlu mendapat sekurang-kurangnya lulus. Itulah bagusnya IPTS, kita memberi peluang kedua kepada anak-anak yang sederhana cemerlang. Jika si anak mendapat gred A dan B ke atas, kita tidak memaksa si anak memilih IPTS. Kecuali IPTS tersebut satu-satunya IPTS yang menawarkan program tersebut di Malaysia.

#2 Kelulusan MQA

- boleh rujuk website MQA
- fahami bagaimana MQA diperoleh dan kepentingannya

#3 Barisan pensyarah

- kelulusan tertinggi pensyarah
- pengalaman pensyarah

#4 Yuran dan bantuan kewangan

- PTPTN dan agensi berkaitan
- Jumlah yuran setahun
- sebarang 'hidden charges'
- hati-hati dengan tawaran percuma dan fasiliti e.g hostel

#5 Mengenalpasti graduan dan alumni 

- apa pendapat/pengalaman mereka
- arah tuju kerjaya
- kelemahan dan kelebihan IPTS tersebut

#6 Kekuatan nama IPTS

- nama dan populariti adalah segalanya
- sikap dan attitude pelajar

#7 Lokasi IPTS

- pengangkutan awam dan kemudahan asas lain e.g klinik
- bandar atau luar bandar 
- jauh atau dekat dengan rumah ibubapa
- tinjau lokasi dulu, baru buat keputusan

No comments:

Post a Comment