Saya berpeluang berkerja sebagai seorang Pensyarah di sebuah kolej swasta selama setahun (Julai 2014- Jun 2015). Bangga untuk saya katakan "This is my dream job". Saya membayangkan diri saya berkerja sebagai pensyarah sejak di bangku diploma lagi. Kemudian perasaan itu semakin kuat bilamana saya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda. Peluang hadir semasa saya masih bergelar Research Assistant di sebuah universiti tempatan.
Dalam post sebelum ini, saya ada bercerita sedikit berkenaan proses temuduga saya. Mock Teaching is a must. Sebab anda akan mengajar dan perlu menunjukkan skil mengajar di hadapan 'Stake Holder' contohnya Pensyarah Senior. Mereka ini berpengalaman mengajar melebihi 5 tahun dan akan memberikan maklumbalas kepada CEO kolej swasta berkenaan kemampuan kita.
Tugas-tugas pensyarah:
#1 Mengajar
Namanya pensyarah, ye dok? hehe. Namun bukanlah bermakna anda perlu berdiri (atau duduk) kemudian membebel syok sendiri di hadapan kelas.
Sebelum semester bermula, akan ada nya mesyuarat jabatan. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah pembahagian teaching hour dan subjek di kalangan pensyarah jabatan dan pensyarah luar. Teaching hour dikira berdasarkan credit hour sesebuah subjek didarabkan dengan kekerapan kelas dalam satu minggu.
Teaching hour = credit hour X class frequency per week
Perlu diingat, untuk peringkat IPT, satu subjek mengambil masa satu ke tiga jam untuk satu sesi. Bahkan saya pernah diberi tugas mengajar satu subjek yang mengambil masa 4 jam untuk dua sesi (dua jam-teori, dua jam-tutorial).
Selepas persetujuan bersama, bermula lah langkah seterusnya. iaitu menyediakan Study Plan per semester dan per week. Di dalam study plan, perlu disertakan sekali cuti-cuti am, topik dan hari-hari kelas, masa, kaedah pengajaran (contoh syarahan dan tutorial), kaedah dan pembahagian peratusan assessment (kuiz, pembentangan, peperiksaan akhir), buku rujukan. Jika hari kelas kebetulan jatuh pada hari cuti am, perlu juga disertakan hari dan tarikh ganti.
Selain itu, pensyarah juga perlu menyediakan slide atau memperbaiki slide sedia ada. Ini bagi memastikan maklumat sentiasa terkini, mudah difahami dan menarik. Tak dapat dinafikan, kebanyakan pelajar gemar menggunakan slide sebagai bahan belajar mereka dan ini menjadikan tugas pensyarah semakin sukar kerana perlu memastikan ayat yang terdapat di dalam slide lengkap dan panjang. Seharusnya slide meletakkan point-point penting (atau gambar/graf etc) sahaja kemudian dijelaskan oleh pensyarah secara spontan dan verbal. Ini dapat menggalakkan pelajar menggunakan buku dan bahan-bahan rujukan luar, sekaligus mengelakkan 'spoon-feeding' yang tidak sihat.
#2 Aktiviti luar akademik
Hadusss!! Ingatkan lepas sekolah tak perlu libatkan diri lagi dalam aktiviti ko-kurikulum. Jangkaan ini meleset. Bahkan pensyarah dikehendaki menjadi pensyarah pengiring, penasihat program/kelab dan sebagainya. Mungkin di sesetengah kolej/universiti, yang mana suara bebas pelajar adalah terbatas, pensyarah yang menjadi perancang dan pengerusi program (secara tidak langsung).
#3 Mentor-mentee
Di dalam program mentor-mentee, pensyarah dikehendaki menjaga, memantau dan memberi nasihat kepada mentee di bawah jagaan. Jumlah mentee terpulang kepada nisbah pensyarah-pelajar. Mentee bebas untuk membuat temu-janji dan berbincang masalah masing-masing dengan mentor mereka (adakalanya membincangkan hal peribadi). Pensyarah juga adalah insan yang bertanggungjwab memastikan mentee jagaannya mendaftar subjek dan mengisi borang entry survey di awal semester (exit survey di akhir semester), menyediakan slip peperiksaan akhir, menganalisa kelebihan dan kelemahan mentee. Akhir sekali menyediakan transkrip atau keputusan peperiksaan akhir.
Saya percaya, di peringkat universiti, ada sesetengah perkara-perkara di atas diambil alih oleh Jabatan Peperiksaan.
#4 Sharing session
Bagi memastikan staf kolej saling mengenali antara satu sama lain, sharing session amat-amatlah membantu. Setiap orang termasuk pensyarah dikehendaki menyedia dan berkongsi sebarang topik bebas, samada dalam bentuk slide atau blog kolej.
#5 Clinical
Sesetengah program memerlukan kemahiran pensyarah di dalam bidang klinikal. Terutama kolej atau universiti yang mempunyai klinik tersendiri. Ini sekaligus menjimatkan bajet pengambilan staf khusus klinikal.
#6 Roadshow
Mana-mana kolej atau universiti swasta akan mencari dan merebut peluang melebarkan sayap mereka a.k.a mencari pelajar berpotensi seramai boleh. Saya pernah diberi peluang mengikuti roadshow di Pameran IPTS di Mid Valley dan menjejaki tanah Kelantan bersama-sama staf marketing.
Sebagai pensyarah, kami berperanan menjelaskan program dan subjek berkaitan dengan bidang masing-masing. Roadshow adalah sangat menarik kerana kita dapat menganalisa secara kasar kemampuan dan kekuatan nama kolej di kalangan IPTS yang beratus jumlahnya di Malaysia ini. Pastinya pelajar lepasan SPM, diploma, STPM, dan matrikulasi menjadi sasaran.
No comments:
Post a Comment