Bismillah..
Petang ni terdetik nak menjenguk ruangan blog. Dah bersawang rupanya! Dah lama saya meninggalkan aktiviti menulis.
Siapa dapat menyangka, harini saya kembali menulis dengan seorang bayi di pangkuan. Ya, bayi saya. Ahmad Anas Baihaqi yang berusia 23 hari. Alhamdulillah. Allah telah permudahkan jalan jodoh saya menemui suami, kemudian menimang cahaya mata yang sihat dan comel, masyaAllah! Syukur, syukur alhamdulillah.
Anas berusia 23 hari. Bermakna saya telah melalui proses berpantang selama 20 hari. Jujurnya, tidaklah betul-betul berpantang kerana saya kurang disiplin dalam amalan. Cuma berpantang makan saja lah, huhu.
InsyaAllah saya akan kongsikan kisah cinta saya dan perjalan baru saya sebagai seorang Ummi ;-)
No comments:
Post a Comment