Friday, 24 June 2016

Now I am Ummu Anas!

Usai bersolat Maghrib, saya merasakan sesuatu. Oh oh! Petanda kelahiran sudah tiba! Ini betul-betul, bukan cobaan.

Saya memanggil encik somi dengan suara yang tenang. Kerana saya yakin orang lelaki akan lebih panik dalam hal sebegini. Dan ternyata telahan saya tepat. Dari dalam bilik tidur, saya melihat encik somi mula tak keruan dan membuat sebuah panggilan. Aduh, telefon siapa pula tu dalam situasi sebegini?

Dalam beberapa minit, kakak ipar dan biras saya tiba ke rumah. Aik? Baru nak bersiap, kena hambat pergi hospital cepat-cepat pula..hehe Di dalam perjalanan, saya menghubungi bonda saya, menyatakan destinasi saya iaitu Hospital Serdang.

Komen bonda, "Eyyy..ngeri nya!"

Aduh, kasi suspen betul! Namun saya nyahkan saja perasaan itu. Bahkan perasaan takut tu seolah-olah tiada. Mulut saya becok seperti biasa. Bersembang dengan encik somi yang sedang gementar tentang pelbagai isu. Mungkin perasaan takut tu tak hadir kerana saya tak mengalami sebarang kontraksi atau kesakitan. Kereta kami bergerak lancar di sepanjang perjalanan, di temani lampu 'hazard' yang sengaja dihidupkan. Kecemasan kott! Saya kerap mengingatkan encik somi supaya memandu dengan tenang dan seperti biasa. Cuma laju sikit daripada biasa. Laju sikit je. Jalan highway di sesetengah kawasan boleh tahan berombak juga.

Sesampainya di Hospital Serdang, kami terus ke PAC (Patient Assessment Center). Memandangkan ini bukan kali pertama menjejakkan kaki ke PAC, masa dapat dijimatkan daripada berpusing-pusing satu hospital mencari di manakah PAC. Yelah, bukan semua orang tahu PAC tu apa dan di mana. Lain hospital, lain lokasinya. PAC di Hospital Serdang hanya bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan.

Di kaunter PAC, kami ditanya kenapa kami ke sana? Laaa..sudah tentunya mahu bersalin dong! Rupanya soalan tersebut ditanya kerana wad bersalin sudah penuh dan pesakit digalakkan pergi ke hospital berdekatan. Contohnya, jika anda berasal dari Banting, tentulah anda perlu pergi ke Hospital Banting. Alkisahnya dalam situasi saya, rumah saya lebih dekat dengan Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya berbanding Hospital Banting. Dan hak saya sebagai pesakit memilih tempat rawatan yang dirasakan terbaik, cewwahh. Ada lagi faktor tertentu yang agak peribadi.

Namun kehadiran kami tetap diterima. Unutuk pendaftaran, saya perlu menunjukkan kad pengenalan, kad nikah dan buku merah.

No comments:

Post a Comment