Tuesday, 21 June 2016

To me, he is like Uwais al-Qarni (2)

Dup-dap-dup-dap..

Penantian disertai harapan dan kesedaran.

Harapan si dia akan membalas kiriman salam ini. Dan kesedaran bahawa rasa bunga-bunga ini akan layu sebelum sempat berkembang a.k.a ada kemungkinan calon tersebut telah berkahwin. Jika ini kenyataannya, sedihnya lah rasa. Alahai!

Lebih kurang jam 10 malam, handset saya berbunyi. Tanda ada sebuah email baru masuk ke dalam inbox. Sebuah email daripada Baitul Muslim, menyatakan kiriman salam saya berbalas. Alangkah terujanya! Dengan segera saya membuka website dan membaca ayat seterusnya.

Saya pun menaip dialog jawapan dan dengan segera si dia membalasnya. Petanda bahawa si dia sedang ber-online juga. Pada malam itu, kami berkenalan dan bersembang dengan bahasa yang santai, tidak skema dan formal. Seolah-olah kami telah kenal lama. Menjelang jam 11, saya meminta diri. Malu pula bermain mesej dengan ajnabi sehingga larut malam. Ikutkan mata ini belum mahu pejam dek rasa teruja dan bunga-bunga perasaan.

Malam keesokannya kami menyambung sesi suai kenal kami. Begitu juga malam-malam seterusnya. Malam sajalah yang berkelapangan kerana kami bekerja di siang harinya. Topik berkisar kepada kampung dan saudara-mara,almaklumlah kami ni sekampung rupanya! Rasa teruja diselang-seli dengan rasa takut-takut. Takut-takut si dia ini saudara dekat (tak best kahwin dengan saudara sendiri) atau ayah mengenali dirinya dan tak berkenan dengan perangai tertentu.

Sepulangnya di rumah, saya berkongsi cerita dengan mak saya, Bahkan menunjukkan gambarnya. Mak saya hanya tersenyum, tidak setuju atau melarang. Cuma mak menyuarakan kerisauan berkenaan berat badan si dia. LOL :-P

Perkenalan pada bulan November 2014. Menjelang Disember, si dia menyuarakan hasrat dan meminta izin ingin bertandang ke rumah berkenalan dengan mak ayah. Saya ingat lagi bilamana ayah berkata,"Ayah suka dia" semasa kami bersarapan keesokan harinya. Jujur tak ayah saya? hehe. Lega betul saya masa tu. Malu-malu pun ada. Ecewwah. Ayah siap mempelawa si dia mengikut kami sekeluarga ke Pameran MAHA di Serdang. Oh,sudah tentu lah si dia menolak kerana berasa segan.

Di penghujung Januari 2015, kami bertunang di bawah restu mak ayah saya dan adik-beradik si dia. Untuk pengetahuan semua, si dia tidak lagi mempunyai ibubapa dan nenek kesayangan. Saya dirisik oleh paman dan bibiknya selaku wakil keluarga. Semasa majlis pertunangan, majlis pernikahan dirancang pada hujung bulan Ogos iaitu pada cuti Hari Kemerdekaan nanti.

5 comments: