Tuesday, 21 June 2016

To me, he is like Uwais al-Qarni (1)

Inilah kisah cinta saya..

Saya hampir saja berputus asa. Berusia 25 tahun namun belum ada tanda-tanda jodoh menghampiri. Orang sekeliling mula bertanya. Saya termenung jauh. Mengapa pencarian ini terasa sangat sukar? Apa kurangnya saya? Tidak cantik kah? Tidak pandai kah? Bekerjaya, berlatar-belakang keluarga baik-baik, mempunyai sahabat dan saudara-mara yang baik-baik. Namun di mana silapnya?

1001 persoalan. Tapi tiada jawapan.

Kemudian Allah menjawab teka-teki dengan mengupasnya satu-persatu.

Saya ingat lagi. Senior saya (pada masa itu kami menyewa rumah bersama) mengajak saya ke sebuah forum agama anjuran Baitul Muslim. Untuk single muslimah katanya. Tajuk forum berkaitan jodoh. Mulanya saya terasa berat hati. Yelah, terasa leceh. Perlu mendaftarkan diri kemudian mencari masa lapang dan lokasi forum. Leceh bagi saya yang kurang gemar aktiviti luar rumah.

Sesampainya saya di sana, saya bertemu dan berkenalan dengan muslimah-muslimah yang buntu mencari jodoh. Oh, aku bukan seorang rupanya! Bahkan tidaklah terlalu malang sebenarnya. Isu jodoh di kalangan muslimah adalah isu universal sebenarnya. Saya juga diperkenalkan dengan website Baitul Muslim (a.k.a BM), iaitu sebuah medium internet mencari jodoh untuk orang-orang Islam. Namun saya belum cukup kuat untuk menyertainya. Saya kan muda lagi, kata hati saya.

Kemudian saya melalui hari-hari saya seperti biasa. Lama-kelamaan ia semakin suram dan sunyi. Bahkan perasaan putus asa mula mengetuk-ngetuk pintu hati. Saya berkata pada hati dan adik lelaki saya (kami begitu rapat sehingga boleh berkongsi kisah hati,hehe), jika saya tidak bertemu jodoh, saya teringin menuntut ilmu hadith di Yaman.

Suatu hari adik lelaki saya menghantar sebuah mesej. Memujuk saya untuk mencari jodoh di website Baitul Muslim. Saya terdiam. Sudah tentu itu bukanlah kali pertama saya mendengar nama website tersebut. Bahkan saya terbayang wajah-wajah AJK forum tempoh hari yang manis dan sopan. Apa salahnya mencuba. Mungkin saya akan menemui seorang doktor ala-ala Ustaz atau Imam Muda di sana. Kemain lagi taste saya tu.

Berbekalkan yuran RM90 setahun, saya diberi peluang untuk berkenalan dengan calon lelaki seramai boleh. Namun tidak dibolehkan melihat profile calon perempuan. Mulanya saya dikehendaki melengkapkan profile peribadi saya (gambar, nama, tinggi, berat, pekerjaan, asal, maklumat ringkas berkenaan diri dll). Selain itu, saya dibolehkan meletakkan syarat-syarat khas seperti pandangan terhadap poligami, tahap ekonomi calon lelaki dan syarat tambahan. Pihak BM mengingatkan, lagi kurang syarat, lagi mudah didekati calon. Yelah, siapalah yang mahukan seorang perempuan yang 'demanding' sedangkan diri sendiri pun banyak cacat-celanya.

Di ruangan syarat tambahan, saya edit berulang-kali. Sepanjang masa saya memikirkan ayat yang terbaik. Akhirnya saya meletakkan syarat "Baik agama dan akhlak. Tidak merokok". Simple bukan?

Melalui ruangan 'Advance Search', saya menaip 'asal-selangor' 'tempat bekerja-selangor' 'pandangan terhadap poligami-tidak bersetuju'

Dalam beberapa saat, senarai calon yang menepati kriteria dipaparkan di atas skrin. Saya scroll senarai pendek tersebut satu-persatu. Kemudian sebuah profile dengan perkataan 'Banting' menarik perhatian saya.

Saya membaca profile tersebut dengan mata analisis. Ala-ala penilai pertama peperiksaan gittew. Nama penuh-hurmm,sedap namanya. Umur-tua daripada saya. Pekerjaan dan pendidikan-sekufu insyaAllah. Syarat tambahan-Perempuan yang berkat adalah yang paling murah maharnya. wah,ada asas ilmu agama ni! Gambar-manis orangnya.

Last log In Baitul Muslim-6 months ago. Alamak! dah lama tu. Jangan-jangan dah kahwin. Tapi saya tetap klik butang 'kirim salam'. Saya menanti jawapan dengan penuh debaran.

dup-dap-dup-dap..



3 comments: