Kereta dan wanita.
Ada yg mengatakan, jika seorang wanita ingin memiliki sebuah kereta, sebaiknya beli sebuah kereta baru a.k.a the first-hand car.
Kerana secara amnya seorang wanita kurang berminat ingin mengetahui perinician penjagaan kereta. Hal ini termasuklah kebersihan luar dalam kereta, pertukaran tayar dan minyak hitam, pengisian petrol dan angin tayar, penjagaan hayat enjin, kuantiti cooler dsbg.
Dengan kata lain, kumpul saja duit, beli kereta fresh dari kedai, bawa ke kedai jika ada masalah atau untuk cuci kereta. Tak perlu susah payah mengharungi panas terik semasa menukar tayar. Selain dapat elak sunburn, wanita juga dapat kurangkan gangguan siulan-siulan nakal daripada pemandu yg hanya tahu bersimpati sahaja.
MINYAK HITAM
Baru-baru ini saya ditanya oleh ayah saya berkenaan minyak hitam. Katanya enjin kereta saya kedengaran berat. Bila kali terakhir tukar?
Dengan yakinnya, saya menjawab bulan Januari.
Kemudian saya terdetik untuk melihat sticker peringatan kilometer yg ditampal oleh tauke kedai di bahagian atas cermin hadapan.
Apa??!!
Sepatutnya pada jarak 104,346 km saya harus tukar minyak hitam.
Dan meter kereta saya menunjukkan lebihan kilometer dengan perbezaan sehingga 600km !
Eh? Biar betul? Tak sangka saya telah melalui begitu banyak kilometer dari bulan januari ke bulan jun.
Sudahnya saya melalui hari-hari dalam minggu itu dalam keadaan serba-salah, bimbang dan risau. Risaukan keadaan kereta dan natijah kecuaian saya. Sehingga pada satu tahap, saya dapat merasakan gegaran kereta semasa dalam mode neutral di traffic light. Bayangkan suasana Kuala Lumpur yg sentiasa sesak dan jem. Apa-apa saja mungkin berlaku.
Terus saya berazam untuk menukar minyak hitam pada hujung minggu nanti, insyaALLAH. :-)
PETROL
Dengan isian sebanyak RM40, minyak kereta saya dapat bertahan selama 5 hari. Jika saya ke UKM Bangi, ia dapat bertahan selama 4 hari. Prinsip saya, dua bar minyak bermaksud saya perlu buat isian semula. Saya enggan mengambil risiko minyak habis di tengah jalan. Ngeri!
Ron95 je. Ron97 mahal tapi berkualiti. Pesan sahabat saya, sesekali gunalah isian Ron97 setahun sekali untuk cuci enjin kereta. Isi dalam RM10 sahaja. Oleh sebab dia seorang engineer, saya mengangguk percaya.
PENJAGAAN LUAR DALAM
Seperti manusia, kereta juga mempunyai keperluan yg sama.
Cucilah kereta seminggu sekali. Sebaiknya pada cuaca panas. Kalau hantar ke kedai, dalam RM8-10 sahaja. Nak cuci sendiri, segan pula nak tertonggeng-tonggeng mencucinya. Bumbung dan cermin hadapan pun tak dapat cuci penuh. Bonsai la katakan, hehe.
Bab ini, saya selalu terima teguran daripada ayah.
"Pergilah basuh kereta. Ayah tengok kotor sangat ni."
"Tak payah hantar kedai. Basuh je sendiri. Air kan ada."
Memang nak menangis jika basuh kereta seorang diri. Saya sengaja pilih waktu malam supaya orang yg lalu-lalang tak berhenti untuk menegur saya (faham-faham jela). Nak menangis tu kerana kesulitan untuk melihat dalam gelap,nyamuk,takde kawan untuk cuci sama-sama, tahu cuci mesti tak berapa nak bersih, tekanan air tak berapa kuat (nak tak nak je keluar), risiko terpatahkan anak pokok cili ayah dsbg.
Lain kali nak hantar kedai walaupun kena keluarkan sepoloh hengget. humphh! :-(
Satu perkara yg saya musykil ialah bagaimana kereta saya boleh ada calar yg teruk di bahagian bumper dan dua belah pintu kanan.
'Err..aku ada buat orang marah ke?'
Seingat saya, saya tak pernah double-park. Tapi yelah, kawasan KL dan PJ, tiada yg pelik dan ajaib. Atau adakah ini sikap denial saya? wallahu a'lam. Ia tetap misteri.
Nak simpan kasut dalam kereta boleh. Tapi kena pantau selalu terutama jika simpan kasut dalam kotak. Takut lipas membiak dalam tu. :-) Begitu juga tabiat makan minum dalam kereta. Sisa-sisa dan bekas jangan dibiarkan ya? Jangan pula dibuang ke luar tingkap. Orang Islam wajib jaga kebersihan dan tidak menganggu keharmonian jalan. Jika adik atau anak makan/minum, pesan pada mereka supaya simpan bekas/sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah rumah atau di R&R. Ajarilah mereka disiplin dan amalan kebersihan.
COOLER
Semakin kuat jem di tempat anda, semakin kerap anda wajar pantau kuantiti minyak cooler anda. Cooler tu yg mana satu? Cer tanya tauke kedai atau ayah/suami/abang/adik lelaki anda.
ANGIN TAYAR
Tak perlu pengisian kerap. Jika nampak kempis, cepat-cepatlah bawa ke stesen minyak untuk pam angin. Atau bawa saja ke kedai kereta, bayar tauke RM1-2. Duit lagi ye?
Kesimpulannya, jika anda seorang wanita dan ingin memiliki kereta, pastikan anda mempunyai kewangan yg kukuh atas perbelanjaan yg dapat tak dapat dielakkan. Begitu juga pembayaran ansuran bulanan, insurans, roadtax, kecemasan dan accident.
wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment