Saturday, 28 June 2014

Selamat hari Lahir Buat Diriku

Tanggal 28 Jun 1989. Hari kelahiran saya. Ada apa dengan kelahiran saya?

Tiada apa-apa yang siginificant.

Pagi ini selepas menunaikan solat subuh, saya menghampiri mak ayah untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih. Selama ini hanya memberi ucapan melalui sms atau telefon. Hari ini terasa janggal kerana melakukannya secara live, eheh.

They are my precious one.

Saya faham, kebiasaan gadis pada umur saya, sedang berbahagia di samping suami dan anak-anak, juga kerjaya.

Namun rezeki saya agak lambat. Justeru, adalah wajar saya tumpukan sepenuh perhatian dan hati kepada mak ayah saya dan adik saya yang empat orang itu.

Agak sukar hendak melakukan yang terbaik kerana saya bukanlah ringan tulang sangat orangnya. Sekadar hadir tunjuk muka di rumah ayah, bersembang, ketawa, makan, masak, tidur, main dengan kucing/kura-kura, tonton tv, ber-facebook. Tiada apa yang luar biasa pada aktiviti saya.

Cuma saya sedar.

Ada bezanya di mata tua mak ayah.

Mereka suka dengan kehadiran anak-anak. Apa ertinya berjawatan tinggi, bekerja di luar negara, bergaji besar, bank in duit beribu-ribu kepada mak ayah tapi balik kampung cuma sekali-sekala.

Hakikatnya mak ayah tak perlukan itu. Harta yang mereka kumpul lebih banyak daripada kita. Mereka tak heran (baca-hairan) dengan duit kita. 'Ate kome ingat kami heran dengan duit kome?'

Jika mak ayah tercari-cari muka kita di antara adik-beradik kita, atau tiba-tiba telefon bertanyakan khabar dan tanya bila nak balik kampung, itu maksudnya BALIK LE KAMPUNG,KAMI RINDU KAT KOME.

haaa..ada mengerti?

bukan maksudnya DALAM SEMUA ANAK-ANAK,KAMI PALING SAYANG KOME. Tapi maksud yang sebenar ialah KOME NI TAK SAYANG RINDU KAMI KE SAMPEI TAK GHETI-GHETI NAK BALIK KAMPUNG?

:-)

p/s: 'oh kome,dughian dah berbunge'


No comments:

Post a Comment