Friday, 27 June 2014

Rezeki Selepas Nikah

Menjelang esok saya bakal berusia 25 tahun, insyaALLAH. Bermakna hampir suku abad usia saya.

Ke mana-mana saja saya pergi,saya tak dapat lari daripada soalan ini:
"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon?"
"Haa..anak dara ni bila pulak lagi?"

Jodoh.

Ia tak semudah mencari ikan keli di pasar malam atau pasaraya. Ia juga tidak hadir ditiup angin atau dibawa arus ombak lalu mendarat di tepian pantai. Bukan begitu.

Bukan juga bermakna tadah tangan berdoa hari ni,esoknya diperkenankan (except in a very rare special case- kuasa ALLAH).

Sebelum tamat persekolahan,adalah wajar tiap anak gadis mula persiapkan diri ke arah gerbang pernikahan. Ini termasuklah persiapkan diri dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga, ciri-ciri calon suami yg baik dsbg.
Tanpa visi,kita tiada misi.

Rasulullah SAW sudah berikan guideline. Sebaiknya bapa,ayah,papa,daddy pilih seorang lelaki yg beragama dan berakhlak mulia sebagai menantunya. Selebihnya adalah syarat yg dirasakan sesuai seperti kerjaya tetap, berpendidikan, keluarga baik-baik, berusia lebih tua daripada sang anak, mempunyai rumah/kereta, bakal menantu mesti satu negeri dsbg. Ini semua betul. Ini semua kembali untuk kebaikan sang anak juga. Tapi ia bukanlah syarat wajib yg mesti diketatkan atau disempitkan. Biarlah flexible.

Muda tak mesti tak matang.
Tidak bekerjaya tetap tak mesti tiada duit langsung.
Tiada kereta tak mesti tak dapat pulang ke kampung menjenguk keluarga mentua.
Tiada ibubapa tak mesti tak bermoral.

Tiap individu adalah berbeza. Malah keperluan juga berbeza. Jika diputarkan masa ke 10-20 tahun lalu,mak ayah kita sendiri, semasa berkahwin hanya ada basikal cabuk. Rumah pun tumpang rumah atuk nenek. Pinggan pun cuma ada dua atau makan menggunakan talam.

Apa yg berlaku kini,pasti mak kita sendiri tak pernah bayangkan, basikal cabuk itu kini telah diganti dengan 2 buah kereta. Rumah pun atas nama sendiri, tak perlu menyewa atau menumpang. Pinggan mangkuk beli kat Langkawi penuh 2 almari, sampai tak sempat nak rotate penggunaannya. Inilah namanya rezeki.

Rezeki akan datang kemudian selepas nikah. Ini janji ALLAH. Jangan takut miskin jika bernikah.

Jadi,jika anda sudah ada calon,orangnya baik dan menjaga agama,jangan ditangguhkan. Cepat bawa kepada mak ayah, biar mereka nilai bakal pasangan kita dan uruskan hal selebihnya. Tangguh lama-lama takut dikebas orang.

;-)

No comments:

Post a Comment