Saturday, 28 June 2014

Menuju Tajdid

"Kak Ummu Furqan, saya nak tanya akak sikit boleh?"

Saya senyum dan mengangguk.

"Macam mana nak bezakan hadith shahih, hasan dsbg?"

Entah bagaimana perbualan itu terus meleret sehingga ke bab tajdid.

Tajdid tu apa? Pembaharuan ke?
Saya lebih suka melekatkan erti Tajdid dengan perkataan 'Restoration'. Means back to original form.

Dalam dunia akhir zaman, agama Islam tak terkecuali dalam menghadapi tokok-tambah yakni bidaah dholalah, penyelewangan ilmu dan sebagainya.

Makanya,atas dasar itu, para ulama sedaya upaya membawa ummat ini supaya kembalikan Islam dan beramal dengannya dalam bentuk yang asal, seperti yang diwariskan oleh Rasulullah SAW.

Dengan kata lain, mengamalkan Islam bersumberkan al-Quran dan Hadith mengikut kefahaman salafussoleh. Kenapa salafussoleh? Kerana kualiti ilmu mereka telah dijamin oleh Rasulullah SAW sendiri dalam hadith baginda. Salafussoleh ialah orang-orang soleh terdahulu bermula zaman para sahabat, tabii, tabii tabiin dan ulama muktabar.

Jangan keliru. Ini bukan agama baru.
Tajdid membetulkan prinsip/method/manhaj/pendekatan kita dalam mengambil ilmu dan beramal.

Ada yang melontarkan tuduhan mengatakan reformasi tajdidi menolak Imam Feqah yang empat. Pada hemat saya, ini tuduhan yang sempit.

Sebenarnya mereka sendiri keliru cabang ilmu Aqedah dan Feqah. Mungkin mereka jahil. Atau terdapat penyelewangan agama di situ.

Apa yang para ulama cuba bawakan ialah beramal dengan ilmu. Bahkan antara bab awal dalam kitab hadith shahih Bukhari ialah beramal mestilah dengan ilmu.

Maksudnya, sampai bila ummat kita hendak manja, malas nak menuntut ilmu?

Sekurang-kurangnya mereka wajar tahu dalil al-Quran,Hadith, penadapat para Imam sebelum beramal. Bukannya mengikut-ikut sahaja membabi buta.

Contoh mudah, kenduri arwah.

Masyarakat tetap berdegil ingin meneruskan tradisi kenduri arwah bila berlaku kematian. Mereka tak didedahkan bahawa kenduri ini adalah warisan agama hindu, bahkan Imam Syafie sendiri membencinya. Ia tiada dalil dalam agama, yakni para salafussoleh tidak pernah diketahui melakukannya. Dari sudut amalan, ia bercanggah dengan hadith. Sepatutnya para jiran yang menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati. Bukannya ahli keluarga yang tengah bersedih berhempas-pulas memasak di dapur dan menghidang makanan untuk jemaah tahlil. Barangkali makanan tersebut bercampur dengan harta anak yatim dan juga hak-hak faraid yang belum dibahagikan.

Yang paling menakjubkan, buat makan-makan sempena adanya kematian? Jika tiada kematian, maka tak buat makan-makan dan bersedeqah? la hawla wala quwwata illa billah. Perbuatan ini juga hampir dengan perbuatan kaum Kristian yang membuat jamuan buat tetamu yang datang menziarahi si mati.

-------------------

Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah juga petunjuk para khulafa ar-Rasyidin.

Susah sangatkah? Mengapa kita mahu sempitkan agama ini sehingga menakutkan orang bukan Islam?
Back to basic.

Apa yang bakal terjadi jika kita biarkan ummat ini tenggelam dalam bidaah dholalah?

Tentunya pencemaran agama !

Islam akan hilang bentuknya yang asal, kemurniaannya tercemar, generasi muda keliru mana satu yang betul mana satu yang salah, percampuran haq dan bathil, sunnah disangka bidaah, bidaah disangka sunnah. Ini semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Justeru, antara jalan yang paling selamat ialah ikut jalan para salafussoleh dan ahlu hadith. Mereka lah tajdid zaman ini. Jauhi syirik, khurafat, bidaah, mengkafirkan orang, membidaahkan orang dsbg. Biarlah kita tergolong golongan yang ganjil dan sedikit (al-ghuraba') kerana majoriti atau ramainya orang bukan pengukur kebenaran.

wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment