Friday, 27 June 2014

Pengenalan Ulum Hadith

Ulum Hadith atau ilmu hadith belum cukup berkembang di Malaysia. Kalau ada pun,hanya berlegar-legar di sekitar pelajar jurusan Pengajian Islam.

Sains tidak menghalang saya daripada minat cabang ilmu agama ini. Malah saya mengenali seorang bakal doktor muda yg sedang menuntut di Mesir yg gigih menghadiri daurah dan majlis ilmu berkaitan hadith.

Apa itu Ilmu Hadith?

Secara amnya, ia sebuah cabang ilmu yg membolehkan seseorang itu mengenali dan memahami sesebuah hadith, berdasarkan kualiti sanad dan matannya. Begitu juga kekuatan perawi, pengumpul hadith, kitab hadith dan sebagainya. Umum mengetahui taraf hadith adalah sama seperti al-Quran iaitu ia adalah sumber hukum-hakam dalam agama Islam. Cuma bezanya hadith tidak dijamin oleh ALLAH akan kekal hingga hari Kiamat seperti al-Quran. Namun penghafaz-penghafaz hadith sedaya upaya memelihara dan mengumpulkan hadith dan proses ini bermula sejak zaman Rasulullah SAW,para sahabat, tabiin, tabii tabiin dan ulama salafussoleh.

Apa faedah mempelajari Ilmu Hadith?

Ia membolehkan masyarakat awam seperti kita lebih mendekati cara Rasululullah SAW dalam mengamalkan Islam, menghayati tauhid, syariat dan akhlaq.

Ia juga membantu kita memahami dan menerima sesuatu hukum seterusnya beramal dengan ilmu.

Ilmu hadith juga dapat membantu kita membezakan taraf hadith yg berbeza-beza: Shahih, Hasan, Dhaif, Maudhu' dan sebagainya.

wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment