Amatlah tidak wajar jika ibubapa mengharapkan anak gadis masing-masing menyuarakan isi hati paling dalam, paling sulit, paling rahsia lebih-lebih lagi dalam suasana moden yang mana komunikasi berkesan itu hampir tiada.
"Mak,Ina nak kahwin."
Maaf ya,ini bukan kisah zaman hitam-putih. Ini zaman facebook, tweeter dsbg. Ini juga bukan zaman sang anak memasak bersama-sama sang ibu, sambil bergurau-mesra, dengan penuh tersirat, dia dapat menyuarakan perasaannya.
Justeru, ibubapa sendiri perlu bijak mengesan petanda a.k.a clue pada diri dan tingkahlaku anak perempuan. Bukannya buat-buat tak tahu atau membiarkan sang anak terkontang-kanting dengan perasaan sendiri. Kerana mereka juga manusia, ada perasaan dan ada fitrah untuk cinta mencintai, memiliki dan dimiliki. Malangnya selama mereka berusia selama 20 tahun, jarak antara mereka dan ibubapa semakin renggang. Atas faktor sekolah asrama, perselisihan faham dsbg. Atau mereka sendiri yang bina dinding tersebut.
Apabila mereka telah jatuh cinta, mereka tak tahu bagaimana mahu suarakannya. Dan mereka rasa terseksa kerana ibubapa tidak pernah mahu ambil tahu dan bertanya apa yang dirasakannya. Mereka rasa mereka seorang diri dalam hal ini. Sehingga sampai tahu tahap, perhubungan cinta dirahsiakan sehingga lahirnya anak luar nikah (nauzubillah min zalik), ditinggalkan teman lelaki, bunuh diri.
Petanda #1
Si anak menunjukkan minat dalam memasak, menjahit, mengemas rumah dsbg.
Hairan bukan? Selama ini kita lihat sang anak sibuk belajar sehingga baju dalamnya pun kita yang basuhkan. Tiba-tiba dia menunjukkan usaha membasuh baju sendiri, mengemas bilik (tanpa disuruh). Ini petanda mereka mahu belajar bertanggungjawab dan bersedia untuk berkhidmat buat seorang lelaki bernama suami.
Masak yang sedap-sedap.
Rumah kemas dan tersusun.
Baju yang bersih dan wangi (siap letak softlan lagi)
Petanda #2
Bangun solat dengan sendirinya.
Tak perlu kita terjerit-jerit memanggilnya dari arah dapur. Atau membawakan air utuk direnjis ke muka.
Petanda #3
Menunjukkan kematangan dalam berbicara.
Mereka dapat kupas sesautu isu malah dapat menyuarakan pendapat sendiri.
Petanda #4
Malas belajar.
Mereka menunjukkan kemerosotan dalam pelajaran, sedangkan tiada masalah antara kita dan dia atau rakan-rakan.
Petanda #5
Handset tak lekang dari tangan dan pandangan mata. Khuatir sang pencinta ada menghantar sms/call dan dia terlewat membalasnya.
Petanda #6
Mula bertindak liar, tidak mahu mendengar kata, sentiasa mahu keluar berjalan dengan kawan-kawan. Betul ke kawan? Atau sudah ada teman istimewa yang perlu dijumpai setiap hari?
Petanda #7
Ada baiknya ibubapa add friend FB dan tweeter anak-anak.
Jika mereka kerap post 'wahai imamku, wahai pemilik tulang rusukku bla bla bla' itu petanda mereka ada suka seseorang dan berharap 'orang' tu membaca post mereka.
p/s: petanda 1-7 adalah berbeza bagi tiap anak-anak. sebagai ibubapa, kita lebih tahu perangai mereka.
Sebelum berlaku lebih parah, adalah baik ibubapa duduk berbincang bersama sang anak, apa pendapatnya tentang pernikahan. Tanya jika dia sudah ada calon pilihan. Jika hubungan sedia ada tak berapa baik, ada baiknya ibubapa bersahabat dahulu dengannya. Bukan terus 'jump into question'. Sang anak akan rasa dirinya tak lagi diperlukan dalam keluarga, dibenci dan cepat-cepat mahu diserahkan di bawah tanggungjawab orang lain.
Berikan mereka masa untuk berfikir. Ia boleh ambil masa berbulan-bulan. Jangan tunjukkan keghairahan dalam mem-promote calon pilihan. Cukup cakap sekali dan bagi masa. Kemudian emaknya atau kakaknya boleh buat follow-up.
Ingat ya,ini juga bukan zaman anak gadis mesti kahwin dengan lelaki pilihan keluarga.
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment