(Opss!! Sebelum kembara lebih jauh,adalah dimaklumkan kisah ini bukanlah tentang pernikahan saya. Sebaliknya ia adalah cebisan-cebisan daripada pemerhatian saya)
Nurul (bukan nama sebenar) melihat checklist di tangannya.
katering - checked
pelamin - checked
mak andam - checked
baju - checked
cameraman -checked
goodie bags - checked
tok kadi - checked
set karaoke dan DJ - checked
senarai nama tetamu dan VIP - checked
Dan seribu satu lagi maklumat terperinci. Melihatkan kebanyakannya sudah tersedia, hanya perlu menunggu hari saja, membuatkan Nurul tersenyum puas. Persediaan rapi perlu dilakukan supaya majlis berjalan dengan sempurna, insyaALLAH.
'Mudah-mudahan semuanya diberkati ALLAH,ameen'. Nurul berdoa di dalam hati.
Pada hari pernikahan, Nurul mengenakan busana pengantin berwarna putih susu. Sepertimana yang disyaratkan oleh bakal suaminya, dia mengikat sehelai kain lembut berwarna putih juga, di bahagian atas dahi. Ya,kain itu akan menutup wajahnya yang manis. Sesetengah orang memanggilnya niqab, ada yang memanggilnya purdah. Nurul tak kisah namanya. Namun dia berasa gementar kerana ini kali pertama dia memakainya.
"Adoii la cik Nurul! Kalau saya tahu cik nak pakai kain ni,baik cik tak payah make-up," ujar Mak Andam dengan nada yang tinggi.
Dalam gementar, Nurul berfikir.
"Apa kata Mak Andam tebalkan sikit make-up kat bahagian mata?" Entah dari mana cadangan itu datang, Nurul sendiri berasa terkejut. Namun dia membiarkan saja Mak Andam menambah perincian make-up di bahagian matanya, termasuklah menebalkan garisan eyeliner dan menggunakan warna eye-shadow yang lebih terang. Melihatkan hasil pada cermin, Nurul tersenyum girang.
'Cantik! Pandai Mak Andam ni make-up kan aku.'
'Suami kau nanti tak marah ke?'
'Alah,bahagian mata sahaja. Lagipun aku dah ikut syarat dia'
----------------
to be continued...........
No comments:
Post a Comment