Kerjaya saya sebagai seorang RA bakal berakhir 27 Jun 2014 (Jumaat).
Saya bakal meniti sebuah kerjaya baru, insyaALLAH.
Sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej swasta (di mana? rahsia...) ;-)
Sebenarnya sayang juga nak tinggalkan job RA. SV yang baik hati, peluang sambung Master/PhD dalam bidang yang diminati + research university, staf jabatan yang banyak membantu, peluang jadi model sambilan (hehe)
Pada hari Jumaat lepas (20 Jun 2014) jam 10.00 am, saya telah menghadiri sebuah temuduga sebagai pensyarah. Dalam 5-8 resume yang saya hantar ke kolej-kolej swasta,hanya kolej ini yang memberikan respon pantas. Malah Tuan Director sendiri yang menghubungi saya.
Saya tiba awal di tempat temuduga bersama 2 orang adik lelaki saya. Sebelum tu kami sempat bersarapan di kedai mamak, bersembang dan bergurau-senda. Ia suatu pagi yang tenang. Ditemani ''my baby boys'' yang dah layak jadi bapak orang.
Saya dikehendaki mengisi borang permohonan jawatan. Isi hampir sama dengan resume, termasuklah bertanyakan nombor KWSP dan expected salary.
Of course I am expecting higher price than my salary as RA.
Kemudian saya ditemukan dengan Tuan Director. A young friendly chinese man. Siap bagi tips for my mock teaching.
Tanpa slide presentation dan laptop,saya hanya minta sebatang pen whiteboard marker.
Saya perlu 'mengajar' di hadapan 2 orang pensyarah.
"Just have fun"
Ini antara tips Tuan Director.
Saya pun mengajar dengan penuh semangat walaupun bahasa Inggeris saya adakalanya meleret-meleret (dalam menerangkan sesuatu perkara)
Then Q&A session.
Mereka kelihatan berpuas hati. Saya diminta ke bilik lain untuk berjumpa dengan Tuan Director sekali lagi.
Tuan Director menawarkan RM2100 termasuk accomodation+parking.
hurmm...
Memandangkan saya sudah ada pengalaman bekerja,saya layak dapat RM2300 atau RM2500 ke atas. Atau paling minimum yang saya boleh terima RM2200.
"Wah,you macam orang cina lohh. Macam bisnessman,minta harga tengah-tengah.Ada darah cina ka? haha..you pun nampak putih macam orang cina.."
p/s: bersyukur dengan yang sedikit,akan dikurniakan nikmat yang lebih banyak~
No comments:
Post a Comment