Thursday, 26 June 2014

Research Assistant

Ramai sahabat menghubungi saya untuk tahu lebih lanjut kerjaya ini.

jobscope?
peluang kerjaya di masa depan?
gaji?
cuti?
kontrak atau tetap?
universiti pilihan?

Apa yang saya boleh katakan,tiap research assistant (selepas ini ditulis sebagai RA) mempunyai jobscope yang berbeza,bergantung kepada supervisor (selepas ini ditulis sebagai SV)

Antara jobscope seorang RA:

1) menguruskan perihal kewangan: pembelian (melibatkan PO,DO,invoice),surat permohonan membeli barang, menghubungi pihak bendahari dan badan pembangunan & pengurusan geran

2) menyelia aliran wang geran: baki semasa dan penggunaan terkini wang geran, memberi nasihat dan cadangan kepada SV

3) mempunyai inisiatif yang tinggi: mempunyai kenderaan sendiri (boleh claim mileage dan duit tol), hubungan dan kenalan baik dengan pegawai sains, bendahari, staf jabatan, pihak fakulti, supplier dsbg

4) mencari maklumat yang diperlukan oleh SV, kemudian bentang, dan beri cadangan. e.g maklumat conference/seminar Medical Physics bagi tahun 2014

5) menjalankan research/project dengan dibantu oleh SV: bina proposal, apply Master/PhD, kumpul data, present progress report, tulis article atau publish paper, present di mana-mana conference dalam/luar negara, thesis writing, viva/candidature defense - GRADUATION!

6) bantu final year project student undergraduate atau research student Master: proof-reading manuscript, viva rehearsal, commenting, finding suitable journal to publish the paper etc.

Peluang kerjaya di masa depan:

1) mudah sambung PhD

2) pensyarah (sekurang-kurangnya mempunyai Master)

3) researcher

4) post-doc

Gaji:

Berbeza ikut geran. Semakin mahal/tinggi jumlah geran,semakin tinggi gaji. Namun ada sesetengah U menetapkan jumlah gaji RA mengikut kelayakan akademik.

Dengan kelulusan ijazah sarjana muda,paling sedikit ialah RM800. Diikuti RM1300, RM1500 atau RM1800 sebulan. Kadar ini termasuk KWSP/EPF.

Dengan kelulusan Master, RM2000.

Jika anda mempunyai Master dan sedang belajar PhD, anda layak dapat RM2500.

Cuti:

Sabtu,Ahad dan cuti-cuti umum.
Namun ini juga bergantung kepada budi-bicara SV dan keperluan research (e.g kumpul data)  :-)
Cuti saja-saja (sebab nak pergi family holiday) atau EL perlu mohon persetujuan SV. MC perlu ada surat medical doctor dan maklumkan kepada SV.

Kerjaya RA adalah kerjaya kontrak. Maksudnya anda perlu buat permohonan extend kontrak setiap 3 atau 6 bulan.

Tiada medical benefit. Kalau sakit, perlu keluarkan duit sendiri. Tiada panel clinic etc (antara kelemahan kerja RA yang saya tak suka)

Universiti pilihan:

Sebaik-baiknya research university e.g UM,UKM,UPM etc. Kerana gaji anda bergantung kepada kemampuan SV dan kekuatan projek.

Jangan terperanjat jika anda sedang di pertengahan Master,duit geran SV anda habis!

Ini bermakna,anda wajar pilih SV yang banyak pengalaman dan banyak duit ($_$) sebagai SV utama anda.

Duit tak cukup?
Boleh mohon MyMaster,MyBrain,MyPhD,MARA,JPA dan sebagainya.

wallahu a'lam

p/s: sebarang soalan atau penambahan info,sila maklumkan pada saya  :-)






No comments:

Post a Comment