saya dilahirkan dlm adik-beradik yg ramai lelaki. sungguhpun saya anak paling tua (tua? ciss!) dan mengetuai mereka (har har har),tidak menghalang saya menyusun prinsip baju "do and dont".
anak perempuan hendaklah dijaga kehormatan mereka. walaupun belum baligh,mereka harus dibiasakan dgn pakaian yg sopan dan tidak mencolok mata.
saya terkejut semasa menelusuri jalan pulang di kampung baru. ya,bandar KL. apa yg saya nampak,seorang anak perempuan dlm umur 10-11 tahun selamba ke kereta bapanya dgn memakai seluar sehabis pendek.
tahukah anda pedofil itu berada di mana2? pedofil ialah penjenayah seksual kanak2.
anak perempuan tu hanya pendek beberapa inci saja drpd saya (ok,saya memang bonsai orangnya). only that i am a grown up woman. and she is a young innocent girl.
adakah seorang pedofil dapat bezakan semua ini?
TIDAK !
apabila anak perempuan dilihat semakin tinggi,membesar dan cantik,mereka perlu dibiasakan dgn pakaian yg sopan.
begitu juga dgn amalan berpakaian bila keluar dari bilik air. jangan biarkan mereka bertuala sahaja atau 'boleng'.
seluar pendek? pakai dlm bilik sendiri saja. bukan diperagakan di hadapan ayah,abang dan adik lelaki apatah lagi orang luar.
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment