Friday, 27 June 2014

CERPEN: Mata Tua Ayah

"Hammad,Hammad balik tak minggu ni?"

"Minta maaf ayah. Hammad ada kerja sabtu ahad ni. Ada outstation kat Pulau Pinang. Bulan depan Hammad balik ye?"
Hammad cuba memujuk. Selepas bersembang dua minit,dia meletakkan telefon kemudian mendengus.

'Tiap minggu suruh aku balik. Ingat aku ni tak kerja agaknya'

Kerjaya sebagai seorang civil engineer benar-benar menuntut pengorbanan. Masa, tenaga, kesihatan dan juga tanggungjawab keluarga. Bukan dia rela tapi ini pilihan ayahnya juga.

"Ayah suka Hammad jadi engineer. Gaji sedap, pangkat pun dipandang orang."

Ir Hammad bin Abdul Razak.

Gaji sebulan 5 angka tanpa titik. Belum campur elaun tambahan seperti OT, outstation dan minyak kereta. Alhamdulillah,Hammad bersyukur atas nikmatNya. Mendengarkan saja kerjanya, bersusun anak gadis mahu bersuamikannya. Suami berpendapatan lumayan, siapalah yang tak mahu.

Hammad segera teringatkan Nusaibah,gadis pujaannya. Entah apa khabar gadis tu agaknya? Sudah makan ke belum? Tengah buat apa?

Nusaibah seorang gadis yang tegas. Dia mencintai Hammad, Hammad sendiri yakin akan itu. Tapi dia tak suka Hammad selalu menghubunginya kerana antara mereka tiada ikatan rasmi. Apa yang Hammad tahu,Nusaibah cintakannya dan setia menunggunya. Bahkan ibu Nusaibah sendiri merestui kehadiran Hammad dalam hati anak perempuannya.

"Bukan Hammad tak suka Ibah. Tapi Hammad tak tahu macam mana nak cakap dengan ayah. Bagilah Hammad masa pujuk ayah. Sabar ya?"

Nusaibah hanya diam. Itulah kali terakhir Hammad berjumpa berdepan dengannya iaitu kira-kira dua bulan yang lalu. Sejak itu Nusaibah cuba menyendiri dan mengelak daripada berbicara dengan Hammad. Adakalanya Hammad buntu juga dengan sikap Nusaibah tapi dia faham respon si gadis cantik itu.

---------------------

"Ayah tengok orang sekeliling ayah. Kebanyakannya kahwin dengan suami yang lebih muda atau sebaya. Kemudian bila gaduh, tengok. Ada ke panggil suami 'Oi,oi'? Di mana rasa hormat seorang isteri? Itu belum si suami balik lambat ke,terus tanya macam-macam."

"Apa bahagianya berkahwin dengan isteri lebih berusia? Beli cincin pun perempuan yang tolong bayarkan. Baru dapat cincin besar. Kalau guna duit orang laki, cincin dua tiga ratus jela yang mampu. Apa ego orang lelaki tak tercalar?"

Ayah menegakkan hujah.

Hammad hanya menikus. Diam dan terus diam tanpa mencelah. Ada benarnya kata-kata ayah tapi cinta telah datang mengetuk hati tanpa dipaksa. Ah,serba-salah dibuatnya.

Perbincangan pada waktu minum petang terasa berat. Asalnya hanya sebuah cerita seorang lelaki tua kepada anaknya. Tapi oleh kerana terkena batang hidung sendiri, cerita tauladan jadi cerita penuh perangkap.

---------------------

"Abang,betul ke abang tak nak balik minggu ni?" Hasif bertanya.

Hammad mula terasa bosan. Entah ke berapa kali soalan ini ditanya. Pada hujung minggu ni dia akan ke Pulau Mutiara untuk memeriksa kawasan sebuah projek Kerajaan.

"Abang dah bagitahu ayah yang abang tak boleh balik minggu ni. Ayah kan dah tahu. Kenapa nak paksa abang balik ni? Kan abang kerja. Cubalah faham sikit." Hammad mendengus kasar.

"Bukan ayah yang suruh balik. Mak yang suruh."

'Pulak dah? Ada apa-apa yang terjadi ke?' Hammad mula rasa tak sedap hati.

"Tak nak balik sudahlah. Nanti Hasif cakap kat mak abang tak boleh balik. Bye,assalamualaikum." Hasif terus mematikan perbualan. Hammad tercengang dibuatnya.

Dia melihat jam tangannya. Jam 6.00 petang. Jika dia bergerak pulang ke kampung sekarang, dalam jam 10.00 malam dia akan tiba. Itupun jika jalan tak begitu sesak. Esok pagi dia boleh terus bergerak ke Pulau Pinang dari rumahnya. Hammad mula merancang perjalanan.

To be continued..........

p/s: cerita ni tiada kaitan dengan yg sesiapa ya..spekulasi liar tidak dibenarkan..begitu juga meniru,copy-paste,curi patent dsbg..TQ  :-P



No comments:

Post a Comment